Masih ramai yang memakan masa untuk memahami konsep sebenar tentang ‘exposure’ ataupun dalam bahasa melayunya, pendedahan. Pendedahan apa tu? Haa.. sebenarnya ia adalah berapa banyak jumlah cahaya yang dib
enarkan untuk didedahkan oleh kamera ke atas sensor kamera semasa proses mengambil gambar. Err~ fahamkan? ok..ok kita cuba fahamkan sekali lagi dengan cara yang lebih mudah.
Jadi insyaAllah kali ni Fotogu.Com akan cuba untuk berkongsi mengenai tips mudah belajar tentang ‘exposure’.
Untuk memahami ‘exposure’ bagi sesuatu gambar, cuba lihat rajah di bawah:
Mudah bukan? Antara 3 elemen utama untuk memahami exposure ialah:
- ISO – Sensitiviti filem/sensor kamera terhadap cahaya
- Kelajuan Shutter (Shutter Speed) – Jumlah masa shutter dibuka untuk membenarkan cahaya masuk
- Aperture – Saiz bukaan bilah lensa
Berdasarkan rajah di atas, kita harus ingat bahawa setiap pertukaran atau perubahan dalam salah satu elemen dalam tiga segi tersebut bakal membawa perubahan kepada gambar yang diambil. Samada menjadi lebih terang/gelap, noise yang tinggi/rendah, kesan bokeh yang mantap/tidak mantap dan bermacam-macam lagi.
PERUMPAMAAN UNTUK MENGINGATI EXPOSURE
Anda hanya perlu bayangkan sebuah kepala paip dengan air yang mengalir ke dalam sebuah baldi. Sudah bayangkan?
Baik. Sekarang ni cuba anggapkan:
- Aperture sebagai BERAPA LUAS anda membuka kepala paip itu. Semakin luas dibuka, semakin banyak air yang mengalir ke dalam baldi betul tak?
- Kelajuan Shutter pula anggapkan sebagai BERAPA LAMA kepala paip itu dibuka. Semakin lama ia dibuka, semakin banyak air yang mengalir ke dalam baldi walaupun keluasan kepala paip dibuka dengan kecil. Betul kan?
- ISO pula mungkin ada boleh merujukkan kepada BERAPA LAJU SUMBER AIR dari tangki besar (mungkin ada perumpamaan yang lebih baik ). Semakin laju sumber air, maka semakin banyak air yang dapat mengalir ke dalam baldi.
- Air di dalam baldi itulah EXPOSURE.
Samada exposure itu banyak atau sedikit ia telah pun disukat menggunakan aperture,ISO, dan kelajuan shutter yang dah digantikan dengan istilah mudah kepala paip. Jadi mudahkan untuk faham tentang ISO ni?
Buatlah sedikit eksperimen menggunakan mode M atau Manual di kamera anda. InsyaAllah anda akan faham dengan lebih lanjut.
sumber dari : www.fotogu.com
0 ulasan:
Catat Ulasan